Monday, November 12, 2007

SEKS DAN KESIHATAN


Mungkin pendapat yang diberikan bias kepada profesion tertentu. Tiada kajian formal yang telah dilakukan antara kekerapan melakukan hubungan dan kesihatan. Yang ada hanyalah survey tidak formal yang diadakan pada sampel yang kecil atau pendapat pakar perubatan yang memberi pendapat dari logik sains manusia sahaja. Ianya terjadi kerana ianya akan banyak menimbulkan bnyak isu etika dan moral dan kegunaan kajian itu sendiri. Dari apa yang pernah dipaparkan berikut adalah pendapat yang pernah diutarakan
1. Di anggapkan semasa berlakunya hubungan jantung manusia akan bekerja lebih dan disaran sebagai salah satu senaman kardivascular.
2. Melakukan hubungan secara sederhana 3 kali seminggu akan mengekalkan kecerdasan minda dan bagi sesetengah pendapat melakukan sekerap itu akan menjadikan seseorang itu awet muda ?
3. Hubungan seks yang baik dapat mengalakkan minda yang lebih stabil terutamanya dalam menjaga hubungan antara pasangan. Pendapat ini walaubagaimanapun diberatkan kepada pasangan yang mempunyai ikatan perkahwinan yang sah. Kenapa kajian di barat menunjukkan hubungan tanpa ikatan mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk keganasan domestik termasuk kes mencederakan pasangan dan anak.
4. Keyakinan diri bertambah dengan berjayanya seuatu perhubungan seksual. Didapati pasangan yang individu yang tidak dapat menunaikannya kurang keyakinan pada diri sendiri dan ini akan melibatkan segala aspek kehidupannya.

5. Satu survey yang pernah dibuat beberapa tahun dulu mendapati pasangan yang kekal lama ada hubungan dengan baik atau tidak pasangan dalam melakukan hubungan ini. Punca terbesar bagaimanapun masih disebabkan oleh ketidakstabilan ekonomi pasangan itu.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home