WAJARKAH SEKS DIPERKATAKAN SECARA TERBUKA

Sejak beberapa tahun kebelekangan ini timbul persoalan samada masalah seksual ini perlu dibincangkan secara terbuka. Perdebatan yang lahir disebabkan gejala seks bebas yang mungkin agak ketara di negara kita. Perbincangan seksual yang suatu masa dulu terlalu discreet dan konservatif kini seoalah-olah ada tekanan untuk menjadikannya lebih liberal dan boleh dibincangkan di forum-forum umum. Ada pihak yang menyarankan agar ianya menjadi sebahagian daripada sebahagian kurikulum sekolah. Rasional disebalik idea ini ialah menyedarkan agar golongan remaja atas fakta sebenar mengenai seksual sihat ? risiko seks rambang, contrceptives dan sebagainya sebagaimana yang kita selalu dengar di dunia barat. Tetapi wajarkah ianya dilaksanakan. Kecendurangan manusia ialah untuk membelajari apa yang tidak diketahui dan ingin mengalami sendiri pengetahuan yang baru itu. Perasaan ingin tahu itu akan lebih ketara di usia remaja hingga ke young adoloscent. Dan mungkin itulah yangbakal terjadi. Pendidikan seks yang keterlalauan mungkin mengalakkan golongan ini untuk mencuba apatah lagi keinginan seksual itu selalu berkait rapat dengan keinginan nafsu yang tinggi. Pengedaran CD, DVD lucah,edaran home made video dan adult website telah dikenal pasti sebagai satu punca menularnya seks bebas dikalangan remaja kita. Yang lebih menyusahkan hati apabila pihak yang berwajib sukar untuk memebendung kesemua adult sourcing ini. Menengahkan pendidikan seks ini mungkin boleh diumpamakan dengan polisi kerajaan memberikan jarum suntikan percuma kepada penagih dadah atau program methadone yang banyak disalah anggap sebagi cure tetapi sebenarnya lebih kepada alternative to drug addiction yang "lebih sihat" kerana ianya lebih teratur dan berdaftar. Kedua-dua langkah ini bukan jalan penyelesaian. Samalah seperti pendidikan seks ini ...... seks rambang tetap terjadi tetapi mungkin berkurangya kandungan luar nikah hasil dari pengetahuan mengenai pencegah hamilan. Penghapusan bekalan kokain adalah mustahil begitulah juga pengedaran sumber pornography yang merangsang minda remaja-remaja dan juga semestilah golongan dewasa. Kalau difikirkan sememangnya diluar dari skop sekolah , informasi mengenai seks education itu memang sudah lama dilambakkan. Belilah apa-apa majalah dan tabloid sudah pasti majoritinya mempunyai sisipan mengenai pengetahuan seks ini secara sengaja atau tidak. Dari ruang soaljawab ugama hingga lah artikel mengenai perlakuan seks itu secara mendalam. Walaupun kebanyakkan ditujukan kepada golongan dewasa tetapi kolum-kolum sebegini lebih menarik minat remaja. Kolum manakah yang lebih menarik ..... kolum soal hukum berzina yang menerangkan haramnya perbuatan tersebut atau ...... kolum permasalahan seorang remaja yang menceritakan keterlanjurannya secara mendalam lalu kononnya beliau bertaubat dan ceritanya itu seolah-olah menjadi satu iktibar kepada orang lain. Dan semua orang tahu kebanyakkan artikel yang menceritakan mengenai seksual itu semuanya dicedok dari barat bermula dari macamana untuk mengurat pasangan, romantism hinggalah ke perlakuan physical itu sendiri. Kita memahami jika majalah itu ditujukan untuk umum tetapi bagaimanakah dengan bahan bacaan yang ditujukan dan dibaca oleh masyarakat yang beragama dan menentang adultery. Topik mengenai seksual position variation etc amat menarik untuk dibaca mungkin bukan kerana pengetahuan tapi apabila kita membaca mengenainya nafsu kita terangsang kalau yang sudah berumahtangga mungkin tiada masalah tetapi bagaimana dengan perasaan remaja-remaja ini? Dimanakah akan dilampiaskan semua fantasi seksula yang terbentuk di mindanya. Fikirkanlah ..... benarlah seperti kata penganalisa yang mengatakan semakin maju negara itu semakinlah ianya terdedah kepada segala gejala social yang berlaku dinegara barat yang memang telah jauh membangun. Rakyat kaya .... tetapi dibelenggu dengan beban-beban social yang tinggi.

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home