BENARKAH PENDAPAT TEMAN INI

Salah satu hobi yang banyak memakan masa kita ialah BLOGGING .... tapi hakikatnya saya sendiri melakukanya sebagai hobi. Benarkah kita berkongsi segalanya dengan orang lain. Mungkin tapi tak selalunya. Blog seperti curahan tulisan di cyberworld sahaja.
Rupa-rupanya dalam apa-apa media pun persoalan seksual adalah satu topik yang banyak dibicarakan. Apa sahaja media ..... majalah, suratkhabar, tabloids, buku ilmiah atau sekadar sembang di kedai makan apatah lagi gurauan seharian. Samada ianya memang topik yang sentiasa mendapat perhatian and you can make publisity out of it atau seperti makanan kita memang sentiasa merasainya dalam kehidupan kita seharian. Sehinggalah adaseorang teman yang bertanya samada kita semua ini berkahwin mungkin atas sebab yang sama. Mungkinkah yang menyatukan kita adalah sexual desire yang compatible. Kalau tidak katanya .... bagaimana seorang yang cantik boleh tertarik pada lelaki yang tak handsome pun. Mungkin bukan hanya tarikan physical tapi yang lain ..... kita sendiri pun tak pasti yang akhirnya membangkitkan perasaan sexual desire yang disalurkan pada saluran yang betul lalu melahirkan perasaan cinta dan akhirnya diikat dengan ikatan perkahwinan untuk menghalalkan yang haram. Mungkin .... "pasangan yang baik hati ", "mengambil berat", "bertanggungjawab" etc hanyalah alasan kita sahaja kalau tak kenapa masih ada yang berkahwin dengan pasangan yang bermasaalah padahal rata-rata zaman ini semunya bercinta , bertunang sebelum mengikat tali perkahwinan. Manakah yang lebih penting agaknya antara personality compatibility dan sexual compatibility ? Kadang-kadang terfikir juga kebenaran luahan perasaan teman tu. Bagaimanakah sang buaya darat boleh mendapat pasangan yang bukan satu atau playgirl yang kadang-kadang not that beutiful pun mampu memikat ramai lelaki. Agaknya mereka ini memang mempunyai somesort of sexual attraction? Lalu ramai yang memandang dan ingin mendampingi walaupun diketahui perangainya yang sebenar. Entahlah .... mungkin selepas ni saya perlu banyak membaca dan bertanya dan memuatkannya di blog saya sendiri.

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home